Tarikh-tarikh penting

Tajuk Tarikh Mula Tarikh Tamat Status
Semakan Tawaran Akhir Kemasukan Sesi 2019/2020
SEMAKAN TAWARAN AKHIR KEMASUKAN 08-08-2019 12:00 AM 01-10-2019 12:00 PM TUTUP
Kemasukan Sesi 2019/2020
PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM SALURAN TERBUKA UM 13-09-2019 09:00 PM 13-09-2019 09:31 PM TUTUP

Panduan Permohonan

Permohonan hanya dibuka untuk Sarjana Muda Ekonomi sehingga 11 September 2019 dan Program Fakulti Kejuruteraan sehingga 12 September 2019

Terima kasih kerana menunjukkan minat untuk mengikuti Program Saluran Terbuka Universiti Malaya (SATU).

  1. Pemohon hendaklah memenuhi Syarat Am Kemasukan ke Universiti Awam sebagaimana ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia iaitu: Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)  dan memperolehi Band 3 dalam MUET.
     
  2. Pemohon hendaklah memenuhi Syarat Kelayakan Khas Kemasukan seperti dinyatakan dalam brosur permohonan terus ke Program Saluran Terbuka UM (sila klik di bahagian kiri laman ini)
     
  3. Bayaran RM300.00 dikenakan sebagai wang proses ke atas setiap permohonan(tidak akan dipulangkan)
     
  4. Bagi pemohon yang telah melengkapkan permohonan secara dalam talian, sila pastikan anda mencetak BORANG PERMOHONAN sebaik sahaja anda klik butang (Sah & Hantar)
     
  5. Tarikh tutup permohonan adalah seperti berikut:
     

    Program

    Tarikh Tutup Permohonan

    Sarjana Muda  Perakaunan

    5 Ogos 2019

    Sarjana Muda  Perubatan dan Sarjana Muda  Pembedahan

    5 Ogos 2019

    Sarjana Muda Ekonomi

    11 September 2019

    Sarjana Muda  Sains Aktuari

    21 Ogos 2019

    Sarjana Muda  Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)

    21 Ogos 2019

    Sarjana Muda  Sains Komputer (Kepintaran Buatan)

    21 Ogos 2019

    Sarjana Muda  Kejuruteraan Awam

    12 September 2019

    Sarjana Muda  Kejuruteraan Elektrik

    12 September 2019

    Sarjana Muda  Kejuruteraan Kimia

    12 September 2019

    Sarjana Muda  Kejuruteraan Mekanik

    12 September 2019

    Sarjana Muda  Kejuruteraan Bioperubatan

    12 September 2019

    Sarjana Muda Undang-undang

    27 Ogos 2019


     
  6. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi umcced@um.edu.my atau +603-22463600